Persediaan Sebelum Ramadhan Al Mubarak
Ramadhan
Bulan Ramadhan ialah bulan yang diberkati dan dimuliakan oleh Allah Ta’ala. Dalam bulan Ramadhan ini, terdapat banyak keistimewaan yang dijanjikan oleh-Nya. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur’an…” (Al Baqarah: 185)
Dalam hadith pula, antaranya:
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga” (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan”. (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)
Berikut pesanan Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid sempena bulan Ramadhan al mubarak :
- Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik dan mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah Rasulullah SAW semampu kita.
- Niat untuk bertadarus, tadabbur dan khatam Al-Quran (minimum sekali).
- Niat untuk tahajjud dan qiamullail setiap pagi (sebelum sahur).
- Niat untuk tunaikan solat sunat Tarawih 20 rakaat serta solat sunnat Witir 3 rakaat (di masjid/surau/rumah).
- Niat untuk bangun sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah dan ada keberkatan dalam bersahur itu).
- Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dan sebagainya.
- Niat untuk dapat malam Lailatul Qadar.
- Niat untuk perbanyak sedekah/infaq.
- Niat jaga lisan, mata, telinga, mulut dan lain-lain.
- Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun sebiji kurma.
- Niat menjadi hamba-NYA, umat Rasulullah SAW, suami/isteri, anak, abang/kakak, saudara, ayah/ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dan sebagainya yang terbaik dan bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini.
- Niat untuk syukuri segala nikmat Allah Ta’ala.
1 Response
[…] Sumber: https://www.ibrah.hafism.com/persediaan-sebelum-ramadhan/ […]