E-Book Tips Menghadapi COVID-19 Dari JAKIM

JAKIM adalah sebuah agensi pusat bagi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang berperanan untuk menyelaras pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. JAKIM juga menjadi penggerak utama aspirasi pentadbiran Islam ke arah melahirkan ummah yang sejahtera.

e-book COVID-19 JAKIM
E-Book Tips Menghadapi COVID-19 dari JAKIM

Malaysia sedang menghadapi gelombang ketiga pandemik COVID-19. Statistik menunjukkan jumlah positif kes COVID-19 untuk gelombang ketiga ini melonjak dengan sangat banyak, lebih tinggi daripada gelombang pertama dan kedua. Kebanyakan kes tertumpu di Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur.

JAKIM sebagai badan induk hal ehwal Islam di Malaysia telah mengambil inisiatif untuk melancarkan sebuah e-book panduan COVID-19 percuma bertajuk Tips Menghadapi COVID-19 Panduan Menurut Perspektif Islam.

Semoga e-book tersebut sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menghadapi situasi yang genting ini. Semoga Malaysia bebas dari virus COVID-19 dan mereka yang dijangkiti dipermudahkan urusan dan kembali sihat.

E-Book Menghadapi COVID-19 dari JAKIM boleh dimuat turun di portal rasmi JAKIM www.islam.gov.my atau di pautan https://bit.ly/TipsHadapiCovid19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.