Takutlah Kepada Firasat Orang Mukmin

orang mukmin

Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Al Muhammadi sewaktu mensyarahkan sebuah Hadith “Takutlah kalian kepada firasat seorang mukmin. Sesungguhnya seorang mukmin dapat melihat dengan cahaya Allah.”

Syeikh Fuad memberi contoh sebuah kisah.

Satu hari Anas bin Malik keluar rumah, untuk menuju ke masjid. Di masjid itu ada kuliah agama yang disampaikan oleh Sayyidina Uthman ibnu Affan r.a. Ketika dalam perjalanan, Anas bin Malik melihat seorang wanita yang jelita yang berada di tepi jalan.

Lalu beliau pun masuk ke dalam masjid, ketika itu Sayyidina Uthman ibnu Affan r.a. sedang mengajar. Lalu kata Sayyidina Uthman, “Telah masuk seorang lelaki yang terdapat kesan zina di matanya.”

Kata Syeikh Fuad, melihat wanita cantik juga dikira sebagai zina mata.

Terdetik dalam hati Anas ibnu Malik, “Telah datang ke wahyu selepas wafat Rasulillah  ”

Lalu Uthman ibnu Affan r.a. menjawab lintasan hati Anas dengan mengatakan “Bukan, itu bukan wahyu, itu firasat orang mukmin.”

Terkejutlah Anas ibnu Malik.

Sabda Rasulullah ﷺ, “Takutlah kalian kepada firasat orang mukmin kerana mereka memandang dengan cahaya Allah.”

 

– Perkongsian dari Facebook Pencinta Rasulullah 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *