Persediaan Sebelum Ramadhan Al Mubarak

ramadhan

Ramadhan

Bulan Ramadhan ialah bulan yang diberkati dan dimuliakan oleh Allah Ta’ala. Dalam bulan Ramadhan ini, terdapat banyak keistimewaan yang dijanjikan oleh-Nya. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur’an…” (Al Baqarah: 185)

Dalam hadith pula, antaranya:

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga” (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan”. (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Berikut pesanan Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid sempena bulan Ramadhan al mubarak :

  1. Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik  dan mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah Rasulullah SAW semampu kita.
  2. Niat untuk bertadarus, tadabbur dan khatam Al-Quran (minimum sekali).
  3. Niat untuk tahajjud dan qiamullail setiap pagi (sebelum sahur).
  4. Niat untuk tunaikan solat sunat Tarawih 20 rakaat serta solat sunnat Witir 3 rakaat (di masjid/surau/rumah).
  5. Niat untuk bangun sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah dan ada keberkatan dalam bersahur itu).
  6. Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dan sebagainya.
  7. Niat untuk dapat malam Lailatul Qadar.
  8. Niat untuk perbanyak sedekah/infaq.
  9. Niat jaga lisan, mata, telinga, mulut dan lain-lain.
  10. Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun sebiji kurma.
  11. Niat menjadi hamba-NYA, umat Rasulullah SAW, suami/isteri, anak, abang/kakak, saudara, ayah/ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dan sebagainya yang terbaik dan bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini.
  12. Niat untuk syukuri segala nikmat Allah Ta’ala.

You may also like...

1 Response

  1. 12/06/2015

    […] Sumber: http://www.ibrah.hafism.com/persediaan-sebelum-ramadhan/ […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *