Pahala Amal Bergantung Kepada Niat

niat

Pahala amal yang dilakukan bergantung kepada niat kita. Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin al-Khattab r.a. berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah keran Allah dan Rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya. (Riwayat al-Bukhari no.1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6953, Muslim no. 1907, Abu Daud no. 2201, al-Tirmizi no. 1646, al-Nasa’i no. 1/59-60, VI/158, Ibn Majah no. 4227 dan Ahmad no. 1/25, 43)

Hadith ini keluar berdasarkan kisah seorang lelaki yang berhijrah dari Makkah ke Madinah dengan hanya niat untuk menikah seorang wanita yang bernama Ummu Qais, sedangkan para sahabat yang lain berhijrah kerana ingin mempertahankan Islam. Lelaki tersebut digelar “Muhajir Ummu Qais” lantaran hadith ini yang menujukan padanya secara khusus, dan kepada umat Islam umumnya.

Niat itu asas.  Segala jenis amal yang dibenarkan syariat boleh mendapat ganjaran pahala yang besar sekiranya disertakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah Ta’ala walau sekecil mana pun amal itu. Sebaliknya, amal yang dilakukan tanpa niat, menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama.

والله أعلمُ بالـصـواب

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.