Orang Muflis Di Akhirat

Habib Ali

Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid

Habib Ali Zaenal Abidin menjelaskan sebuah hadith tentang hubungan antara ibadah dan akhlak. Hadith ini adalah berkenaan orang muflis di akhirat kelak.

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: “Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim).

والله أعلمُ بالـصـواب

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *