Kesalahan dan Kesilapan Suami Terhadap Isteri

kesalahan dan kesilapan suami terhadap isteri

Tanggungjawab Suami

Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab suami atau lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:

“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa, ayat 34)

Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Walaubagaimanapun, pada hari ini kita melihat ramai suami yang semakin jauh dari tanggungjawab dan tugas mereka yang sebenar. Mungkin, kerana itulah banyak rumahtangga yang runtuh akibat kurangnya penghayatan suami kepada nilai-nilai murni dalam baitul muslim yang dibina. Berikut disenaraikan 10 kesalahan dan kesilapan suami terhadap isteri mereka yang sering dilakukan.

 

Kesalahan dan Kesilapan Suami Kepada Isteri

1. Tidak mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri.

Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie dan tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak dan menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dan sebagainya. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.

Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintakan.” (Surah At-Tahrim:6)

Para suami hendaklah mengajarkan agama kepada isteri mereka sama ada secara langsung ataupun melalui perantaraan. Melalui perantaraan itu contohnya menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dan sebagainya. (yang paling praktikal, ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid). Maka, amat penting bagi para suami untuk mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke alam rumahtangga.

2. Suka mencari kekurangan dan kesalahan isteri.

Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatiri akan mendapati berbagai kekurangan isteri dan cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah:

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {Hadith riwayat Muslim}

3. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri.

Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, iaitu:

a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman (sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34)

b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie (sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1)

c) Memukul wajah, mencela dan menghina.

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” (H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani)

4. Culas dalam memberi nafkah kepada isteri.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah : 233)

Isteri berhak mendapatkan nafkah dari suami, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa pengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:

“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” (Muttafaq ‘alaih)

5. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri.

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:

“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” (Hadith riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani)

Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam, seseorang suami itu haruslah berakhlak baik, bersikap lembut dan tidak kasar terhadap isterinya. Hal ini kerana, suami yang bersikap kasar pasti akan menggugat kebahagiaan hubungan antara dirinya dengan isteri.

6. Suami sombong untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga.

Sesetengah suami sombong dan malas untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Disebabkan sikap ini, sesetengah isteri merasa dirinya terbeban dan tertekan. Marilah contohi Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam melayani isterinya Aisyah r.ha.

Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam di rumahnya, beliau menjawab:

“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” (Hadith riwayat Bukhari)

7. Menyebarkan rahsia dan aib isteri.

“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” (Hadith riwayat Muslim)

Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri.

Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dan sebagainya. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” (Hadith riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani)

Penceraian tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, kerana kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang ditimbulkan dikemudian hari kelak.

Rasulullah sollallahu ‘alahi wasallam bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” (Hadith riwayat Muslim)

9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at.

Bernikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Tetapi, terdapat sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama dan anak-anaknya.

Dalam Surah an-Nisa, ayat 3, Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.”

Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjurus kepada kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan masa depan anak-anak dan menambah permasalahan keluarga dan juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya dan perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum membuat keputusan.

10. Lemah kecemburuan terhadap isteri.

Para suami membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati dan dipertontonkan kepada bukan mahram. Dia membiarkan isterinya mendedahkan aurat ketika keluar rumah, dan membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki bukan mahram. Bahkan ada sebahagian suami bangga kerana memiliki isteri yang cantik dan boleh dinikmati oleh pandangan kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat mulia, sehingga keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan untuk suaminya sahaja dan tidak sesekali ‘dijaja’ ke mana-mana pun.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang bukan mahram.

Perhatikan ancaman Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):

“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts.” (Hadith riwayat An-Nasa’i, dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674)

Ad-Dayyuts(dayus) itu ialah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Maka, marilah sama-sama kita beringat dan muhasabah diri sentiasa. Hal ini bukan hanya untuk para suami, malah penting juga untuk mereka yang belum menjadi suami, agar persediaan sebelum mendirikan baitul muslim itu lengkap.

والله أعلمُ بالـصـواب

Sumber: Syahirul

Baca juga Amalan Sunat Selepas Saat Ijab Qabul

De’Xandra Perfume Malaysia – WhatsApp 019-5227357 untuk order.

You may also like...

76 Responses

  1. suhaida says:

    Jangan suka mencari kekurangan dan salah isteri…

  2. mawar says:

    Suami yg soleh ialah yg tau tgjwb nya mmberikan nfkah utk isteri dan anak2…nafkah wajib…makanan..pakaian..dan tmpat tinggal…tidak mngambil kesempatan terhadap isteri yg berkerjaya..kerana mungkin isteri sbnarnya tidak pernah redha dgn perlakuan suaminya itu…renung2kan…

    • Farhana says:

      Apakah suami redha isteri itu keluar bekerja?? It’s give and take. Kalau suami benarkan isteri keluar rumah bekerja, maka itu tujuannya untuk bantu suami. Buat apa bagi keluar rumah setiap hari dari pagi ke petang hanya untuk isterinya berbuat sesuatu yg beri benefit kpd isteri sahaja??

      • mira says:

        Tak baik awak cakap macam tu. Suami sy benarkan sy berkerja kerana tidak ingin saya bosan duduk dirumah, dan juga mempunyai wang simpanan sediri, dan dengan duit gaji sy, boleh membeli keperluan saya yang mana suami mungkin tidak mampu untuk belikan. Salah statement awak, “Kalau suami benarkan isteri keluar rumah bekerja, maka itu tujuannya untuk bantu suami”

        • AS326 says:

          Kita hidup di akhir zaman dan selepas gerakkan fiminism, sudah terbiasa and menganggap perempuan kluar bekerja adalah perkara yg seharusnya berlaku, padahal inilah punca hancurnya ummah secara general kerana musnahnya institusi keluarga.

  3. khairul neesa binti md nor says:

    tQ banyak2

  4. pudil says:

    Tp apa2 pon suami itu adalah surga atau neraka bagimu wahai kaum hawa.
    Buruk bagaimanapon suami itu. Ia tetap neraka dan surgamu. Tapi surga suami di bawah tapak kaki ibunya. Bukan isterinya. Jd berlajarlah redha dgn apa yg ada. Sesungguhnya allah akan menambahkan nikmatmu setelah kamu redha dan bersyukur dgn apa yg ada pada suamimu

    • sayaisteri says:

      syurga seorang anak terletak dibawah kaki ibunya termasuk juga isteri, jika seorang isteri yang taat akan perintah suaminya yang baik2 tidak menyalahi syarak, taat perintah Allah meninggalkan laranganNya, Allah suruh kami pilih mana-mana pintu syurga untuk kami masuki. tiada istilah syurga isteri dibawah tapak kaki suami, itu hanya satu kiasan untuk isteri mementingkan keperluan dan kehendak suaminya dari orang lain. sekian.

      • Alfakir says:

        Cbe awk semak blk, betul ke syurga seorang isteri masih pada ibunya? bukan ke bila dah bersuami kunci syurga ad pd suaminya.
        Dlm hadis sahih dr Abu Dawud, tirmizi : “Sekiranya dibenarkan aku menyuruh seseorang sujud kepada orang lain aku akan menyuruh para wanita sujud kepada suaminya kerana hak yang Allah berikan kepada suami mereka”

        Wallahualam

  5. Banyak lelaki yg suka menakutkan.isteri dgn menyuruh isteri sentiasa taat padanya sedangkan dia sendiri tidak taat kepada perintah agama. Tidak solat dan sebagainya. Bagaimana mungkin isteri mahu taat pd suami begini?

    • hafism says:

      Benar Jazilah. Dalam hal ni, isteri harus berani untuk menegur suami supaya buat apa yang disyariatkan Allah. Perlu sentiasa ada perbincangan, meeting, dan sesi meluahkan apa yang terpendam antara suami isteri supaya rumahtangga yang dibina sentiasa bahagia dan diredhai Allah Ta’ala 🙂

    • Az K says:

      Betul

  6. imah says:

    Salam..saye nk tanya..

  7. imah says:

    Salam.semua nak tanya niii 🙁

  8. bunga says:

    Suami angkuh dan ego xblh terima teguran..teguran isteri akan menyebabkan pergaduhan bsr..adkah berdosa sy tidak lg menegur sikap suami yg x solat.??

    • hafism says:

      Bukan isteri saja yang wajib tegur suami utk solat, orang lain pun wajib tegur orang yg dekat dengannya utk solat. Tanggungjawab kita utk tegur siapa saja yg tak solat. Jika isteri sudah banyak kali tegur tapi tidak berubah juga, maka bersabar dan berdoalah supaya Allah Ta’ala buka hatinya utk solat. Mungkin isteri boleh “tegur” secara bukan direct. Maksudnya melalui akhlak. Teruskan solat apabila dia ada bersama, atau solat dengan anak2, supaya si suami nampak. Mana tahu, mungkin dengan asbab kesabaran isteri tu, lama kelamaan hati si suami terbuka dan sedar akan dosanya. WaAllahu a’alam.

  9. iza says:

    Dlm rumhtngga perlu ada perbincangan.Perlu ada sifat bersabar dan bertahan dlm rumhtngga

  10. mami su says:

    bagaimana jika suami menjalankan perniagaan , tetapi perniagaanya tidak menjadi, isteri terpaksa menanggung hutang dan menanggung nafkah keluarga.adakah suami itu berdosa kerana tidak memberikan nafkah kepada anak dan isterinya dan membebankan isterinya?

    • hafism says:

      suami WAJIB bagi nafkah kepada isteri. walaupun gaji isteri berpuluh-puluh ribu sekali pun, suami tetap wajib bagi nafkah. jika perniagaan tak menjadi, wajib suami cari kerja lain. wajib berusaha cari rezeki untuk bagi nafkah. waAllahu a’lam.

  11. rina says:

    Bagaimana pula suami yg menyerahkan tugas pendidikan anak2 kepada isteri saja? Bolehkah begitu? Suami jarang bertanya perihal solat anak2, pengajian alquran, pendidikan akhlak, akidah dsb walaupun suami sendiri mng rajin solat, rajin mengaji, berzikir, buat amalan sunat lain.

    • hafism says:

      suami/bapa wajib suruh anak2 isteri solat, wajib hantar anak2 belajar agama. tak boleh sambil lewa, kejap suruh kejap tak suruh. isteri perlu berbincang dgn suami kerana mungkin suami terlalu sibuk ataupun terlupa. WaAllahu a’lam.

  12. hanani says:

    Nk tnye.. ayh saya tidak solat ape enth lgi solat jumaat n solat sunat.. ibu saya pernah menegur tpi ayh jwb “ini soal sya dan Allah”..
    Adakah ibu perlu meneruskan untk tegur??
    Apa hukum kalo ibu saya dah tak tegur ayh tentang solat?.. mhon penjelasan. Tq

    • hafism says:

      Pertama, isteri boleh tegur suami yang tak solat. tapi, kena tegur dengan lembut. nasihat. tak boleh marah2. bagi saya, teruskanlah tegur. jangan berhenti. kita tak tahu, mungkin teguran yang ke-100 lah yang dapat melembutkan hati si suami tu.

      tentang hukum tu, Allahu a’lam. saya tak tahu. maaf 🙂

  13. myra says:

    Suami pentingkan keseronokan dgn kwn2 dari melayan anak dan isteri..malas beribadah dan bekerja..sampai bile harus bersabar??anak2 semakin membesar..

  14. ayu says:

    As’salam.. Sya ingin meminta pndpt saudara, sy sering dipukul sejak awal perkahwinan, cume kerana sy menegurnye utk berbuat baik, spt solat dan memberi perhatian pd sy.. Krn suami sy terlalu cbuk dgn keje dan bila suami sy pulang, suami sy hanye melyn tv dan main game, xbole dibawak berbincang krn ego, dan suami sy xsuke berborak.. Sy langsung xbole tego apa yg suami sy lakukan.. sy juga bekerja dan duit gaji sy hanya utk bantu suami.. Malah sy sering masak bekal untk suami sbb sy ingin menjimatkn blnja. Kami jarang mkn diluar.. Tp baru2 ini sy sehingga lebam2 dan mmeninggalkan kesan pd diri sy. dia bagaikn hilg pedoman bila dia pukul sy.. Seolah2 bkn diri dia.. Baru2 ini dia pukul sy lg, tp bila diketahui oleh ibunya.. Ibunya malah menghina sy dan family sy.. Sy terbc whtsp suami sy dan abg ipar.. Ape yg sy paling sdih.. Suami sy xpertahankn diri sy, tp malah mengutuk ayah n family sy.. Sy tertekan dgn hidup.. Shinggakn ade owg bertnye pd sy.. Dptkah sy hidup bhgia spt ini.. Mmg sy sdah xbhgia.. Tp sy cube minta fasakh drpd suami.. Dia xnk lpaskn sy dgn alasan dia sygkn sy lg..tp sy da mkin terseksa dan tertekan.. Krn sikapnye.. Suami sy xpkkan tntg perasaan sy.. Sdgkn dr sblm kahwin family dia ngutuk dan mengata sy dan family sy.. suami bertegas ingin berkahwin tp spai skrg usia perkahwinan kami baru 8bln..dah terlalu byk ibunya Dan family nya mnghina sy. Ape yg berbeza, jika dulu suami pertahankn sy. Tp skrg dia cume biarkan sy dikata oleh familynya.. sy dah xtaw ape yg perlu sy lakukan. Sy semakin tertekan dan menangis stiap ari.. Stiap ari sy berdoa pd Allah swt.. Adakah sy berdosa krn minta fasakh.. Krn sy sudah tidak sanggup lg hidup bersama..

    • hafism says:

      Wa’alaikumussalam. Saya bersimpati atas apa yg berlaku kepada puan. Seeloknya puan berbincang dgn family sebelah puan dan pejabat agama dulu sebelum membuat apa2 keputusan. Tuntutan fasakh kena ada bukti sebelum mahkamah buat keputusan. Berbincanglah dulu dgn jabatan agama. Mereka akan bg cadangan dan kaunseling. Semoga dipermudahkan segala urusan puan. Semuanya ada hikmah. Allahu a’lam.

  15. hati terluka says:

    sya nk tnya bgaimna pula klu suami tdk mhu keja nafkah kdng ada n tk da bila tgur suami berkta aq ada duit ba…tp sbnrnya tk da..dn slalu mendoakn istri yg bukn dn perna berkata pelacur lebih baik dri saya dan perna letk kn alquran d ats kpla sya dan mendoakn yg tdk bek untuk sya dan ska cerita aib sy dpn kwn2nya

  16. hati terluka says:

    sya nk tnya bgaimna pula klu suami tdk mhu keja nafkah kdng ada n tk da bila tgur suami berkta aq ada duit ba…tp sbnrnya tk da..dn slalu mendoakn istri yg bukn dn perna berkata pelacur lebih baik dri saya dan perna letk kn alquran d ats kpla sya dan mendoakn yg tdk bek untuk sya dan ska cerita aib sy dpn kwn2nya
    ..mc bole ka suami dan sya bersedudukn dgn suami sy..sbb ada orng kata klu suami ckp bgtu kemungkinan bole jatuh talak btul ka

    • hafism says:

      suami wajib bagi nafkah kepada isteri dan keluarga. berdosa sekiranya suami sengaja tidak mahu kerja utk cari nafkah.

      talak jatuh sekiranya lafaz talak diucapkan. maaf puan, sy tak dapat menjawab dengan detail. seeloknya puan berbincang dengan ustaz dan pejabata agama.

      Semoga semua dipermudahkan.

  17. nor says:

    Assalamualaikum, bagaimana jika seorg suami tidak jujur dlm perhubungan. Die sanggup merahsiakan dan mendelete semua text yg telah die hantar dgn rakan perempuan sekerjanya. Timbul rasa curiga yang amat kuat di hati saya. Apakah suami sya berdosa, ataw tidak

    • hafism says:

      Wkslm. Wallahu a’lam. Mungkin dia ada alasan/sebab kenapa dia buat mcm tu. Mungkin dia nak elak fitnah. Mungkin dia nak jaga hati isterinya. Bersangka baik dulu. Sangka buruk akan memburukkan lg rumah tangga. Seeloknya duduk berbincang dgnnya. Semoga dipermudahkan segalanya.

  18. Rafidah says:

    Assalammualaikum, saya nak tanya. Antara nafkah kepada isteri dan anak2, manakah yg patut diutamakan?

  19. aina says:

    Sy nk bertanya tentang suami yg tidak berkerja,x memberi nafkah dan meminjam duit isteri untuk berniaga….mungkin sbb ego seorang lelaki itu tinggi,sy x boleh tegur suami sy,bila tegur sama ada die naik marah atau die pekak kn telinga shja..tahun lepas ni bisnes suami sy bankrupt..jd dia dh x ada kerja..sy sebagai isteri bantu lah menyara keluarga,sy end up menangung semua tangungjawab kewangan di dlm rumah,bil,rumah,keta,mkn,dapur,kperluan ank d college(sy redha,sy masih lagi mampu menangung kewangan family)…perkara jd teruk bila bila die buat business baru,everymonth dia pinjam duit sy almost 10k…akaun bank sy susut teruk,sy risau mcm mane nk tanggung family dgn duit yg makin susut..sy rase suami yg x pndai jaga kewangan sbb buss baru die mendatangkn income walau sedikit pon x apa lah,tp duit tu x tau kemana..terbelanja,terguna x tau lah tp setiap kali nk beli barang buss,pinjm sy beribu..sy ada tegur nk tlg jaga kn kewangan die..munkin sbb ego..die diamkn aje…sy nk membantu pulih kn kewangan dia supaya boleh tanggung balik fmily tp dia mcm x nk lepas tu keadaan bertambah teruk bila die guna duit sy smpai kewangan tok family mkin susut,nasihat x jalan(ego nya tinggi)

    Nafkah pulak,masa suami msih bekerja..x penah bg nafkah,sy bukan nk menyusahkn dia pon skadar buat syarat 30,40 ringgit cukup supaya dia mendapat pahala sbb jalan kn tugas sbgai suami

    Jadi apa patut buat untuk mengubah sikap suami sy?masa mkin suntuk,umur mkin tua,akaun sy makin susut bulan gnti bulan,tanggungjwb dia sbgai ketua keluarga juga makin kurang,pahala die sy paling takut kalo kurang sbb die bersusah pyh mendekatkn diri dgn Allah..takot usaha die tidak berbaloi

  20. norzariz says:

    Assalamualaikum…..
    Saya nak tanya kalau suami kita mempertikaikan gaji kita yang perlu dibelanjakan untuk keluarga, adakah kita perlu mendengar cakapnya agar berhenti memberi wang kepada keluarga kita padahal keluarga kita susah dan mengharapkan anak yang bekerja. Mohon diberi jawapan terima kasih.

  21. Johar says:

    Assalam tuan, mohon pencerahan daripada tuan. Saya telah berkahwin selama setahun, dan dalam tempoh perkahwinan kami, banyak perkara yang saya tidak berpuas hati dengan isteri saya. Saya pun bukan suami yang baik, saya cuba mengubah diri saya sebaik mungkin. Saya seorang lelaki yang sedikit panas baran dengan isteri saya, tetapi saya menjaga diri saya agar tidak sesekali memukul isteri saya, hanya kata kata dalam nada yang tinggi sahaja dan kadang kadang tangan saya mengambil sesuatu dan melontar ke dinding atau menterbalik barang ( masuk hantu) . Saya ada beberapa soalan kepada tuan:

    1. Adakah berdosa isteri saya jika ingkar arahan saya walaupun arahan saya hanya melibatkan perkara kecil ? Walaupun arahan saya melibatkan perkara kecil, saya merasa hati jika isteri saya tidak mengendahkan perintah saya

    2.Saya tinggal asing dgn isteri saya kerana tugas dan isteri saya juga bekerja walaupun pendapatan isteri saya kecil. Baru baru ini saya menyuruh isteri saya berhenti bekerja dan minta isteri duduk dengan saya. Tetapi, isteri saya enggan berhenti kerja walaupun gaji nya jauh lebih kecil dari saya. Adakah isteri saya boleh disabitkan Nusyuz ?

    3. Saya ada terbaca atau terdengar ( tetapi x ingat sumber mana ) yang mengatakan sumber pendapatan isteri yang bekerja, suami berhak menuntut. ( Minta pencerahan daripada tuan )

    4. Saya kerap kali terfikir isteri saya.membuat perkara tidak elok semasa saya bekerja. Saya hanya pulang dihujung minggu. Apabila pulang, saya dengan sendirinya menjadi panas baran ekoran terfikir perkara negatif. Tetapi saya dapat mengawal diri saya kerana saya percaya dan yakin isteri saya tidak akan curang kepada saya kerana saya sendiri tidak pernah curang terhadap isteri saya. Saya sangat setia terhadap isteri saya. BAGAIMANA saya dapat hapuskan rasa curiga tersebut ?

    5.Saya sering bercerita tentang kelemahan isteri saya kepada kawan baik saya. Tetapi saya ingin mendapat pandangan dan tunjuk ajar daripada kawan baik saya untuk menyelesaikan pertelingkahan berlaku antara saya dan isteri. Adakah saya berdosa kerana membuka aib isteri saya ?

    6. Saya beberapa kali jatuh sakit dan terlantar di hospital. Saya meminta isteri saya untuk menjaga saya dihospital, tetapi dia enggan kerana alasan dia terpaksa bekerja . Sepanjang saya dihospital dia hanya datang sekali.Ibu saya terpaksa menjaga saya. Saya merasa sangat kecewa . Menagapa perkara ini berlaku ? Adakah salah saya 100% kerana saya gagal menanamkan kasih sayang dan kepercayaan isteri saya terhadap saya kerana sikap panas baran ?

    Mohon respon pihak tuan dan saya mengucapkan ribuan terima kasih atas info Kesalahan Suami Terhadap Isteri yang tuan post. Ia sangat berguna kepada diri saya

  22. noraihan binti baharuddin says:

    1. Saya menetap di Selayang Baru Selangor.
    2. Saya memerlukan seorang ustaz bertauliah untuk menjadi penimbangtara
    bagi masalah perkahwinan anak lelaki sulong saya bersama menantu saya
    yang baharu saja dalam setahun bekerja makan gaji.
    3. Rumahtangga ini menzuriatkan 2 anak perempuan berumur 5 dan 6 tahun.
    4. Umur si suami (bekerja) adalah 28 tahun manakala si isteri 26 tahun.
    5. Punca masalah mengusulkan si isteri meminta dilepaskan adalah si isteri
    tidak memaafkan si suami (yang pada telah diberi kebenaran oleh si isteri)
    membantu seorang gadis belum berkahwin menyelesaikan masalah
    kandungan luar nikah dengan lelaki lain.
    6. Mesyuarat keluarga adalah dalam perancangang untuk diadakan pada mana-
    mana hari terdekat (jam 8 malam) di rumah keluarga si isteri di Taman
    Bolton, Batu Caves.
    7. Sila maklumkan kepada saya sekiranya Tuan/Puan dapat menghadirkan diri
    sebagai penimbangtara tersebut atau menghantar wakil. Sekian terima kasih.

  23. wayn says:

    sy ada masalah, tidak tahu bagaimana cara utk menyelesaikannya lg. bkn untuk mengaibkan, tapi ingin mendapatkan nasihat.

    bagaimana utk nasihat suami yg xmampu kita nasihat, bila cuba dimarahi dan menyebabkan pergaduhan.. susah utk bawa berbincang, bila cuba tegur malah kita yang disalahkan.

    • hafism says:

      Salam. Saya pun kurang pandai nak nasihat tapi sekadar pandangan saja.

      1) Nasihat pd waktu sesuai. Jangan nasihat masa dia penat/stress/tgh marah/ada masalah. Cari waktu yg sesuai.
      2) Guna bahasa yg lembut agar emosi suami tidak terganggu. Elakkan guna bahasa sindiran atau kiasan yang mampu membangkitkan rasa marah suami.
      3) Ambil tahu hobi suami, makanan kegemarannya, apa yg dia suka. Selalu masak makanan kegeraman dia. Supaya perlahan2 dia pandang puan dgn positif.
      4) Baca Bismillah dan Surah al-Fatihah dan hembus pada makanan yg dimasak, dan pakaian suami.
      5) Banyakkan memuji suami.
      6) Cuba tukar penampilan diri depan suami agar lebih ayu. Tukar fesyen rambut, pakaian baru, perfume baru. Supaya suami terpikat.
      7) Tukar hiasan rumah. Mungkin “mood” dia akan berubah.
      8) Paling penting, jgn lupa berdoa kpd yg menjaga hati kita, Allah Ta’ala.

      WAllahu a’lam.

  24. nur says:

    Salam…saya dan suami berniaga bersama2. Duit berniaga suami yang uruskan.saya nampak disini suami beri gaji kepada saya tidak sepadan yy sepatutnya saya dapat. Dan dia pula tidak pernah bagi tahu gajinya kepada saya jadi bolehkah saya mengambil secara sembunyi duit yang kurang itu …

  25. Tina says:

    Sy buntu myelesaikan pmasalahan rumah tangga sy. Suami sy tidak bekerja atas alasan sakit, namun sukar utk meneruskan rawatan d hospital. Namun, sy bjaya utk memujuknya utk perubatan alternatif. Semasa perubatan tsebut sy terdengar dia mgatakan sakitnya bpunca kerana mbantu Ayah sy. Namun, ustaz tersebut myatakan dia terkena santau angin. Sblm bkahwin juga dia myatakan sy punca dia sakit. Sy bkahwin atas dasar simpati n ingin mbantu utk mbuat pemeriksaan pyakit yg dhadapi. Doktar mgesahkan ia menghidap kanser. Dr pemerhatian sy, mungkin bpunca dr gaya pemakanan. Kini, sihat dan tidak bekerja serta tidak mbuat rawatan. Sy menanggung semua. Sy juga sering mgadu pd emak sy akibat tidak mampu menanggung tekanan emosi, dosakah saya? Mengaibkan suami? Pelbagai usaha telah sy Cuba n suami x boleh ditegur.

  26. Fathin says:

    Apabila suami menceraikan isteri kerana kekhilafan suami dan suatu hari dia tersedar dan insaf adakah suami itu kena membetulkan dgn bekas isterinya semula atau biarkan isterinya dan kahwin dgn org lain

  27. Mas says:

    Suami tidak memberikan nafkah pada isteri. Adakah isteri bolah mengambil duit suami tanpa pengetahuan suami

  28. Syakirah says:

    Salam .. suami sy sering memberi ksmua duit kpda ibu nya ,lsng tak bgi kat sy skit .. Bla sy ckp nak krja ,suami sy x bgi dy srh duduk diam2 kat umh jga ank .. sy nak mnta tlng ,mcm mna nak slsaikn prkra ni ..

  29. safiza says:

    Derhakakah saya sekiranya saya bermasam muka dengan suami kerana suami selalu memaki hamun saya dengan perkataan bodoh sial dsbgnya. Selalu halau saya dr rumah dan memukul saya hingga lebam. pernah menampar muka saya krn sy meninggikan suara kerana tak tahan dengan perbuatannya yang kasar menarik rambut saya ,curah air ke muka saya dan macam2 lagi.Hubungan kami semakin jauh bila wang simpanan saya sudah cecah puluhan ribu ringgit sy langsaikan hutang2nya tapi dia x mahu bayar balik. sekarang saya tlh disenarai hitam oleh bank negara dan hampir diistihar muflis kerana tunggakan hutang kereta ( sy disuruh reloan kereta dia utk dapatkan modal berniaga dan berjanji akan membyar setiap bulan ). Untuk mengelak drp muflis, sy berhutang dgn keluarga sy utk byr tunggakan hampir puluhan ribu ringgit. sy sangat buntu dan resah mengenangkan hutang ni. bila sy bersuara sy dituduh derhaka ,sumpah sy supaya x senang hidup didunia. tolonglah sya…

  30. khasnah says:

    Suami saya sudah tidak bekerja lagi dan mengatakan yang dia telah melaksanakan segala hutang piutangnya (melangsaikan hutang rumah dan kenderaan). Kami mempunyai seorang anak remaja (23 thn) yg masih lagi menuntut di kolej. Saya seorang isteri yang bekerja. Tanggungjawab terhadap anak adalah di bahu saya – 100% saya yang tanggung dari anak kechil hingga ke-saat ini. Dan segala keperluan harian juga adalah menjadi tanggungjawab saya.. Suami menyatakan yang tanggunjawab nya telah terlepas dengan langsainya hutang2 rumah dan kenderaan. Apakah pandangan islam dalam hal ini? Harus kah saya meredhai semua ini sebagai tanda saya patuh pada suami?

    • hafism says:

      Nafkah isteri dan keluarga semuanya di bawah tanggungan suami. Wajib suami yg tanggung semuanya.

      Jadi, suami wajib bekerja utk dapatkan rezeki.

      Suami tak boleh mintak walau satu sen pun dari isteri. Duit isteri hanya utk isteri sahaja. KECUALI, isteri sendiri yg bagi cadangan untuk tolong ringankan beban suami. Kalau camni baru boleh.

      Dalam masalah puan ni, seeloknya puan duduk bincang dengan suami. Jelaskan kepada dia bahawa tanggungan keluarga wajib di bawah dia. Tanya dia mampu ke tak nak tanggung. Kalau puan redha dan sanggup ringankan beban dia, itu sikap yg mulia dan ada pahalanya.

      Apa2 pun, duduk berbincanglah dgn suami.

  31. Izah says:

    Bila suami jarang bsama2 ank…si istri je yg melayan karenah si ank 24 jam…APA pandangan anda

  32. nona says:

    saya xtau nak mengadu kat siapa..
    jika isteri bersalah kene mengaku sampai salah tapi bila suami salah didiamkan aje..
    saya faham dia ego tapi saya pon xtau sampai bila saya boleh bertahan.
    bukan itu sahaja family saya sering dihina dan di pandang hina kerana kami banyak perbezaan.
    saya hanyalah kerani yang tidak pandai berbahasa inggeris apabila salah sikit diungkit kesilapan dan kekurangan saya..

    sampai bila saya harus bersabar pon xtau la.

  33. zue says:

    Assalamualaikum…
    ingin meminta pandangan..
    Seorang suami memberitahu tidak meredhai isterinya dengan alasan isteri membawa masuk lelaki kedalam rumahnya….

    persoalannya

    sebelum kejadian c isteri memaklumkan bahawa beliau memohon izin rakan2 sekolah utk adakan mesyuarat bagi membincangkan bantuan kebajikan…c isteri hanya mengetahui rakan perempuan yang akan hadir tapi bila sampai masa kejadian rakan perempuan membawa bakal suami dia pun kawan sek c isteri….isteri ingat suami boleh terima sebab tidak berkata apa2 masa perbincangan….

    BIla semua balik c suami memarahi c isteri kerana membawa lelaki masuk rumah dia tanpa kebenarannya sedang masa kejadian lingkungan yg hadir adalah perempuan ada 10 org perempuan hanya 2 org lelaki….masing2 datang membincangkan hal kerja….bukan duduk berduan…

    c isteri keliru bila suami cakap dia tak redha dan mengatakan c isteri ini tidak layak cium syurga walaupun solat 5 waktu sbb suami ini tak redha….katanya suami ini ja akan tentukan c isteri ini jaminan ke syurga….

    c suami ini memang tidak solat 5 waktu
    tidak memberi nafkah dan selalu merendahkan isteri dan menghina isterinya
    sakit demam isteri memang isterinya tanggung sendiri
    hal anak2 pun isteri lakukan
    c suami akan berbaik dengan isteri untuk kepentingannya
    walaupun suaminya melafaz tak redha c isteri tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya…masih menjaga makan minum suami…pakaian suami…bersolat dan sentiasa mendoakan kesejahteraan suaminya

    persoalanNya

    Adakah amalan c isteri ini diterima Allah swt
    kerana c isteri faham seandainya suami tak redha setiap amalan dan kebaikannya tidak diterima….

    minta pandangan yang ariff

    terima kasih..

  34. suami hina says:

    dari atas sampai la bawah..habis saya baca…rupanya ramai sungguh lelaki bergelar suami yg cetek sungguh ilmunya, ego tahap gaban, bangang, penipu, perangai siput babi, dan sebagainya sama mcm saya….

    Ya Allah..ampunilah dosa yg telah kami lakukan, bukakan kembali pintu hati kami yaAllah… berdosa sungguh kami ni Ya Allah…

  35. mrshmm says:

    apakah hukumnya jika suami mengabaikan nafkah kepada isterinya namun mengutamakan nafkah anaknya sahaja.

  36. nana says:

    assalamualaikum…seandainya seorang isteri telah melakukan kesalahan, perlu ke seorang suami membuang isterinya sebab pernah terbaca kata nasihat dari kawannya ‘ sampah buat ap disimpan’..

    • hafism says:

      Wa’alaikumussalam. Tidak seharusnya seorang suami buat begitu. Utamakanlah sifat saling maaf memaafi dalam rumahtangga. Duduk berbincang. Jadikan kesalahan lalu sebagai pengajaran di masa hadapan supaya tidak ulangi.

  37. yanti says:

    Asalamualaikum
    Bagaimana kalau suami tak pernah menjalankan tanggungjawab dari mula berkahwin hingga lah sudah bercucu suami masih lagi dengan perangai penting diri sendiri tak boleh dinasihat tak boleh bawa berbincang bila berbincang dia anggap kita marah dia terpaksa mendengar apa saja perintah dia kalau berbicara tertinggi sedikit suara dia akan mengatakan derhaka sampai mati tak ampun dosa saya tertekan sehingga hari ini bila ditegur lari dari rumah tinggal kan kami anak beranak tanpa berita balik ikut suka hati salah ke kalau saya tertinggi suara hanya kerana semua tanggungjawab keluarga saya yang tanggung sehingga perkahwinan anak pun saya yang urus dia hanya pandai menyalahkan kalau saya silap ….

  38. Kamariah amir says:

    Apa patut isteri buat jika suami malas bekerja hanya mengharap dapat projek buat kontrek sampai berbulan2 mengharap mak yg bagi makan dia x keluar pun cari kerja andai tiada projek yg dtg asyik main bola bila tiada duit sanggup dia suruh isteri ambik kad bank mak siap pesan jgn bagitau mak nanti dia ganti tapi sampai ke sudah x ganti2 pun kalo ikut kan taklik nafkah zahir x lebih dari 3 bulan mengikut lafaz taklik di negeri saya sabah saya faham tiap negeri ada sedikit perbezaan mengenai lafaz taklik harus kah isteri menuntut cerai taklik

  39. bule says:

    pahami para istri,sbg istri artinya wanita yg sdh ditinggikan derajatnya oleh Allah,karenanya jaga amanah nikah,itu transaksi berlandaskan ayat2 Qur’an,artinya semasa nikah dengan suami,jaga benar amanah itu.
    banyak amanah bagi istri jika diijinkan kerja oleh suami:
    a.jauhi ikhtilat,campur aduk laki perempuan baik sdh sbg suami/istri atau lajang,zina sangat mudah terjadi di lingkungan ini.
    anda sbg istri katakan sdh berhijab lebar sekalipun,jika terkena goda dan rayu cinta sesat krn ikhtilat tadi,bukan tidak mungkin terperosok dan berzina dengan laki2 lain,jauhi itu dan jaga ini tidak terjadi
    2.pahami para istri,semua sisi badanmu adalah aurat yang menaikkan birahi laki2,lingkungan kerja ikhtilat sangat dekat dengan potensi terjadi zina,karenanya jagai aurat.
    3.jauhi khalwat ,berdua dua dengan lawan jenis bukan mahram,termasuk pada
    a.boss(lawan jenis) sendiri yg memperlihatkan simpati,suka
    b.rekan selevel (lawan jenis)yang suka mendekat dan selalu memancing cakap
    c.rekan selevel(sama jenis) yang suka menyatakan si ini,si boss itu suka dirimu
    pada semua kasus itu pakai perkataan ini: “saya sdh bersuami,saya akan tinggalkan apapun yang akan mengancam,merusak hubungan saya dengan suami,termasuk pekerjaan dan karir,artinya kembalikan tanggung jawab nafkah keluarga itu tetap di suami,bukan istri,jika istri punya nafkah sendiri maka itu bukan jalan untuk mengkhianati suaminya.
    4.tidak tabarujj,memakai pakaian fesyen yang menggoda,parfum yang harusmnya merangsang,ingat semua ‘perhiasan dirimu hanya halal untuk suamimu’,jangan lakukan perbuatan yang akan mencampurkan hal yang halal dengan yang haram.
    5.tidak ragu untuk meninggikan suara sehingga semua orang dalam satu ruang besar sekalipun akan mendengar saat seseorang dalam pekerjaan berusaha merayu,menjamah
    6.jangan pendam sendiri rayuan di telfon bimbit,atau membalas sms,balas telfon,apapun, si perayu akan pikir anda sbg istri suka dirayu,bicarakan dengan suami ada kes begini,begitu,mintakan saran suami apa yang harus dilakukan,hal ini juga membuktikan diri sbg istri yang jujur
    7.hindari skenario boss buat anda sendirian saat overtime,kalau dipaksa boss pun,katakan pada boss seperti point 3.c,ia mau marah mau pecat pun jangan takut,tempat kerja bukan hanya disitu saja.
    inilah amanah istri menjaga kehormatan suami jika diijinkan kerja,sementara istri tetap punya kekuatan untuk membangkitkan suami mempunyai pekerjaan ,memberikan nafkah,karena itu transaksi nikah sesuai ayat Qur’an.
    jika salary istri lebih dari suami,jangan sekalipun rendahkan suami,syukuri sbg nikmat Allah pada keluarga,jika istri ridho salary nya digunakan utk keluarga maka bukan berarti suami lantas melepas tanggung jawabnya sbg kepala keluarga.

  40. Insan memendam rasa says:

    Asslm…sy isteri yg berkerjaya..tinggal dgn keluarga mertua…mertua x pernah ada rsa kasihan pd ank & menantunya…nk menolong…
    Biler sy blk kerja,tgk umh bersepah x pernah mertua cuba nk tlg menyapu…tlg ape yg patut sbb tinggal sebumbung…biler sy ngn suami blk kjer dlm keadaan penat hilang ckit kepenatan klau tgk umh tersusun….
    Malahan kain baju semua sy yg basuhkn,sidaikn….smpaikn 2/3hr br angkt klu sy x angkt…
    Setiap kli sy luahkn psl mertua pd suami sy plak kne mrh….sy dipersalahkan lak…setiap gerak geri & perlakuan sy di perhatikn mertua….seolah-olah mertua tu cm pengawas lak nk tgk setiap apa yg sy bt…sy x selesa dlm keadaan ni..
    Suami akn dgr kata mertua 100% drp dgr tegurn sy…
    Adakah berdosa klau sy x brckp ngn mertua & suami…..???
    Adakah salah sy berdiam diri dr berkata-kata drp menyakitkn hti org ln???

    • hafism says:

      Salam.
      Bersabarlah puan dalam dugaan hidup. Inilah ujian Allah Ta’ala kepada hambaNya yang Dia sayang. Selagi kita tak buat salah, bersabarlah. Ada hikmah dan ada ganjarannya di sebalik semua ini. Kalau bukan di dunia, mungkin ganjarannya di akhirat kelak. Betul tu, diam lebih baik dari berkata2 menyakitkan hati orang. Semoga puan terus tabah.

  41. suhada says:

    banyak sangat masalah dalam rumahtangga,lebih baik hidup single.. saya pun sudah malas nak bergaduh. fikir ego orang. isteri memang tak perlu ego tetapi suami pun kena faham dan hormat.diam tak bererti ego

  42. suhada says:

    apa kelebihan hidup sendirian dengan berkahwin??

  43. en.semut says:

    assalamualaikum..sy nak mintak pendapat?.
    *kaki saya patah di bahagian lutut 8 tahun lepas(2008)
    -luka operation saya x elok dan sering berdarah dari 8 tahun lepas
    -kaki saya sering sakit dan x boleh membengkok dan sy sudah mendapat title OKU yg tidak diiktiraf kerajaan
    -selepas xciden saya berkawin dan saya x sampai hati membiarkan isteri saya bekerja kerana kami sudah mendapat rezeki anak awal perkahwinan. jadi sy mengambil keputusan untuk bekerja bersama isteri sebagai sales.
    -selepas 1 tahun 6 bulan kaki saya sakit dan mula membengkak kerana saya kurang rehat. dn pd msa itu isteri menjaga saya. keluarga sebelah saya dan keluarga sebelah isteri bnyak membantu dari segi kewangan pada masa itu. dan lepas 6bulan isteri sy bekerja sebagai pegawai pengambilan pelajar di sebuah kolej. pada ms itu sy juga membantu isteri sy dari segi mendapatkan pelajar krna gaji isteri bergantung pada komisen setiap pelajar.tp kerja x berapa lama. pada masa itu kaki sy jga sering keluar darah yg dn perlu memcuci luka setiap hari dn saya bertongkat selama 2 tahun.
    -bln dec tahun 2015 sy mngambil keputusan masuk hospital utk keluarkan besi pada kaki, malangnya , sy baru mendapat tau kaki saya terdapat mata gerudi dalam tulang hasil kecuaian doktor pd pemedahan pertama(2008) dan kerana kecuaian itulah kaki saya berdarah x berhenti.
    – 2015 isteri sy belajar menjahit, dn sy x mampu utk bekerja, kerana kaki sering sakit walau pun luka sudah mula mengering. sy juga tidak mempunyai transport untuk bekerja diluar. isteri saya terpaksa bekerja seorang, dan sya mahu merancang membuat perniagaan bersama2 isteri.

    persoalan.
    adakah saya bordosa kerana membiarkan isteri mencari nafkah utk menyara keluarga pada ketika ini?.dan berdosakah saya kerana tidak dapat memberi nafkah pada anak dan isteri saya kerana saya sakit?. mohon ustaz memberi pandangan.

  44. en.semut says:

    semasa saya sakit kaki membengkak selama 3 bulan saya sakit dan terbaring, tanpa makan dan hnya bertahan minum air shj.. dan lepas 6 bulan isteri sy bekerja dikolej dgn bantuan saya..

  45. Sedih says:

    Saye isteri yg baru berhenti keje… Suami mmg suruh pun saye benti kerja…tapi suami saye xkeje.. Susah die nak keje sbb die xde sijil.. Adelah income kdg2 dtg bile die tolong org.. kami plan nak buat bisnes dr waktu saye bekerja untuk jana income yg lagi byk. Penat saye keje dulu sebb saye sahaja yg kerja dan byr rumah kete personal loan saye dn suami bil rumah bil telefon brg makanan semua saye yg byr kdg2 xcuti sebulan utk dpt allowance. So skrg saye berhenti Keje… Saye bertungkus lumus juga ni.. Keluar rumah cari client balik rumah kemas rumah masak bagai… Suami saye masih dirumah. Income kami xde bulan ni sbb saye berhenti… Saya jadi takot. Yg plg sedih bile hari jumaat… Saye dah kejut suami saye dr pukul 1030pagi ckp hari ni hari jumaat… Bulan may, ini adalah minggu terakhir, jumaat terakhir. Tapi satu bulan ni saye tak nampak pun die pergi sembahyang jumaat. Sekarang dh pukul 144pm die kate die nak pergi tapi xpergi2 pun. Saye sedih sgt…tapi suami saye selalu tegur saye tdk sembahyang…. Saye pun bukan muslimah yg baik…tapi saye nak suami saye guide saye bukan semua saye buat…suami tegur aaye xsembahyang… Tapi die pun same… Suami kate mcm mane die nak sembahyang kalau saye xsembahyang…. Pastu macam mane nak idup senang kalau saye xbuat bisnes saye… Penat saye dah la dulu keje xcuti…pastu mase tu die suruh saye buat part time bisnes sambil berkerja… Tapi saye taklarat. So die salah kan saye… Semua jadi mcm ni sebab saye malas…. Sedih saye…. Saya syg suami saye die baik… Tapi saye selalu terkilan… Nak lawan memang dah tentu kalah.. Suami saye pandai main ayat… Saya tak.. Walaupun ayat die banyak je saye boleh lawan… Tapi saye penat nak lawan… Ape patut saye buat?

  46. hambamu says:

    Salam..nk tanya..Isteri saya menanggung loans bank sebanyak rm900 sebulan…. memandangkan dia sudah tidak bekerja sekarang…saya yang membayar loans dia..adakah itu boleh dikira sebagai nafkah? Terima kasih

  47. hatta says:

    Saya mohon izin utk share

  48. linalina says:

    assalammualaikum,tuan/puan
    saya berumahtangga mencecah 22thn, bersabar dengan panas baran ,maki hamun,tidak diberi nafkah, beliau tidak pernah mendirikan solat dan berpuasa. semua simpanan saya diambil suami. selalu ke clubbing bersama gro.ingin meminta cerai tetapi takut dengan ancaman, bolekah saya memohon penceraian tetapi tidak hadir ke mahkamah kerana takut .adakah cara lain untuk saya mengelak dari bertembung dgn beliau

  49. daniamia27 says:

    salam..rasa sangat kecewa dengan suami sendiri.punca nya suami agak lepas tangan dan tidak membantu uruskan anak.anak baru 5 bulan lebih.saya pula bekerja kerana sy tahu suami xmampu nak tanggung komitmen kami sorang2.sy sgt lah berkecil hati kerana tiap malam hanya sy yang akan berjaga untuk menjaga anak yg masih kecil.walaupun suami bercuti esok hari dye tetap tidak membantu sy menjaga anak di waktu malam.tiap malam sy hanya tidur2 ayam.suami tidak pernah pelawa untuk menjaga anak namun hanya membiarkan sy seorang diri menjaga pd waktu malam.sedangkan sy perlu memasak sejurus sampai din rumah.pagi esok nya seawal jam 4pg sy perlu bangun untuk menyiapkan makanan suami untuk dibawa kerja.semalam dia cuti namun sy lah yg mnguruskan anak.sy lah yg memandikan menyiapkan anak kami sedangkan suami sibuk menonton tv sambil bermain coc.kecewa sangat dgn sikap suami,hendak ditegur takut akan bergaduh.sy merasakan suami langsung tidak menghargai sy.sedangkan sy bekerja demi membantunya namun dalam hal rumah tangga hanya membiarkan sy seorang diri.mohon pendapat dari sahabat semua.ikut kan hati sy ingin lari tp sy xboleh kerana sy ade tanggugjawab iaitu anak dan suami.

  50. Liana April says:

    hanya ingin tau, baru baru ini saya dan suami lg ada persolan kcil shingga mnimbulkan kesalahpahaman.
    prtanyaannya salahkh saya jika tidak menegur suami krna suami sdh mencaci maki yg tidak pantas untuk diucapkan, memukul dan menendang saya untuk kesekian kalinya ?
    apa yg harus saya prbuat untuk meredahkan amarah dlm diri saya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *