Tentang

Bismillah.. Allah berfirman di dalam Surah Al-Nur ayat 44 yang bermaksud:

“Allah yang memindahkan malam menjadi siang – yang demikian itu terdapat ibrah (pelajaran/pengajaran) bagi bagi orang-orang yang celik mata hatinya – (berfikir)”

Ibrah itu pengajaran. Ibrah itu hikmah. Hikmah bagi mereka yang berfikir. Setiap sesuatu yang diciptakan oleh Al-Khalik (Pencipta) di dunia ini ada ibrahnya. Sekecil-kecil zarah kejadian, ada ibrahnya, ada hikmahnya. 

Ibrah Hafism ialah sebuah blog peribadi Hafiz yang dibangunkan pada 7 April 2013. Tujuan penulis mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi apa sahaja ilmu Allah Ta’ala. Insya Allah, semoga bermanfaat kepada semua.

Sedikit info tentang penulis:

Nama: Hafiz

Tarikh lahir: 3 Januari 1989.

Asal-usul: Kelantan. Sekarang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur.

Pekerjaan: Hamba Allah Ta’ala sepenuh masa.

Penulis sangat mengharapkan teguran dan nasihat dari pembaca. Boleh hubungi penulis melalui saluran berikut:

Email: feeziologi89@gmail.com

Website: Hafism

Facebook: Hafism

Twitter: @feeziologi

Instagram: Hafiz Instagram

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yang memberi peringatan.” – Imam Hasan Al-Basri –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *